Menziarah Perkampungan Orang Asli
Alhamdulillah, pengalaman menziarah perkampungan orang asli sangat bermakna walaupun lawatan kami hanya sehari.Thanks kepada sahabat usim, Husna, Yana,Fiza,Asma dan Ila.. Menatap wajah-wajah mereka jelas menggambarkan bahawa mereka sangat kekurangan perhatian dan pertolongan dari mereka diluar sana.
Hanya segelintir golongan sahaja yang sanggup turun padang bersama dengan mereka untuk cuba mendekati semestinya dengan harapan ingin menolong mereka dari pelbagai sudut, mengajarkan mereka sebenar benar agama ,Islam yang suci dan indah.
Semestinya hendak menghulurkan bantuan, haruslah dengan berhikmah dan bijaksana. Ada pantang larangnya, ada langkah2 yang perlu diatur satu demi satu, dari segi risiko pasti ada,stiap perkara ada pro dan cons nyee..Apa yang penting kesedaran kita untk menyebarkan Islam kepada semua orang..
"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." (Al-Qur'an,al-Hujurat (49):6).
"Orang mukmin senantiasa berada di antara lima ancaman berat, yaitu mukmin yang mendengkinya, munafik yang membencinya, kafir yang memeranginya, syetan yang menyesatkannya, dan nafsu yang melawannya." (Hadits ini dikeluarkan oleh Abu Bakar bin Lai dari Hadits Ana dalam Makarim Al-Akhlak).
Bangkit pula isu tentang pertubuhan Comango menghalang pengislaman orang asli.
boleh rujuk disini
http://www.youtube.com/watch?v=atI5HUX-nW0
Mereka mendakwa perkara ini menyalahi hak asasi manusia, sedangkan Allah telah berfirman :
Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam); sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat. Karena itu barang siapa yang ingkar kepada Thaghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang amat kuat yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.[2.256]
![]() |
| Perkara-perkara yang dituntut COMANGO (boleh tanya mr google tentang Comango untuk tahu lebih lanjut) |













Comments
Post a Comment