PALESTIN, KAMI BERSAMAMU
PALESTIN,KAMI
BERSAMAMU
Alhamdulillah,segala puji bagi Allah yang mempermudahkan segala urusan dan mengizinkan saya bersama sahabat-sahabat Asasi Syariah dan Undang-undang USIM mendengar talk “PALESTIN ,KAMI BERSAMAMU” di DKP3 malam tadi.Kali terakhir kami mendengar talk bersama sebelum final Exam Tamhidi.Thanks sahabat-sahabat Adila,Atikah,Aqilah,Izzati,Hafizah,Syahirah,Farah.Sama-sama kita Islahkan diri selepas sama-sama peroleh manfaat dari talk ini.
![]() |
| DKP 3 USIM |
![]() |
| Hafizah,Syahirah,Atikah,Adila,Izzati |
. PALESTIN ! Kami bersamamu .Program ini dihadiri Kak Farrah Adeeba dan Salema Habibi
“Aku nak bantu Palestin !! “ namun timbul persoalan dari
majoriti masyarakat kita.Mampu ke aku bantu
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا تُشَدُّ الرِّحَالُ إِلَّا إِلَى ثَلَاثَةِ مَسَاجِدَ
مَسْجِدِ الْحَرَامِ وَمَسْجِدِي هَذَا وَالْمَسْجِدِ الْأَقْصَى
مَسْجِدِ الْحَرَامِ وَمَسْجِدِي هَذَا وَالْمَسْجِدِ الْأَقْصَى
Dari Abu Hurairah RA dari Nabi SAW, beliau bersabda : Tidak perlu seseorang itu bersusah payah bermusafir kecuali untuk menuju 3 masjid iaitu Masjidil Haram, Masjidku (Masjid Nabawi) dan Masjid al-Aqsa.
Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, Turmizi, Ibnu Majah dan Ahmad dlm lafaz yang berbeza-beza.
Palestin,dah la jauh,bantu Malaysia ni pon dah cukup
la,begitulah suara-suara yang selalu kedengaran,tanpa kita sedari mereka adalah
saudara-saudara seIslam kita dan bumi Palestin,bumi Gaza adalah bumi para anbia’
dan bumi suci yang wajib dilindungi oleh seluruh umat Islam sedunia.
Masjid Aqsa
adalah tempat suci umat Islam.Masjid Aqsa tempat dimana Rasulullah dimikrajkan
ke langit.
Khalifah Umar Al Khatab telah berkata ”Siapa menguasai
palestin,mereka menguasai dunia”.Sebab itulah Israel
sangat-sangat berusaha untuk menawan Palestin.Sahabat-sahabat,adakah anda sedar
akan menangisnya bumi Palestin di tanah Gaza, Yahudi laknatullah cuba sehabis
daya, dari segenap cara, untuk menghapuskan orang Islam diPalestin,seolah olah
setiap hari berlaku kiamat kecil disana,dengan dentuman-dentuman peluru dan
kezaliman nyata disaksikan seluruh dunia. Kenapa mereka berbuat demikian.Sudah
pasti ada yang istimewa dalam diri rakyat Palestin.
Teringat kata-kata Khaled Mesy’al,perdana menteri Hamas apabila orang bertanya
apa yang perlu dilakukan oleh orang diluar Palestin.Dia menjawab,’Kamu
bergeraklah mengislah ummah dikawasan kamu, agar kembali kepada Islam yang
sebenar.Itu adalah bantuan terbesar daripada kamu untuk kami’.
That’s why kita punya peranan kita sendiri even berada di
Malaysia, bukan hanya membuta tuli dan berlakon seolah olah pekak dan buta. Rasulullah ada menyebut
apabila berbicara mengenai masalah umat akhir zaman ,mereka dilanda penyakit wahn
(cinta dunia dan takut mati).Semoga Allah mencampakkan hidayah kepada kita
semua,umat Islam terutama dinegara kita, kerana kadang-kadang kita selalu leka
dengan kesenangan yang melimpah ruah tanpa kita sedari syurga itu belum tentu
milik kita,tapi buat pejuang di Palestin, mereka syahid dan syurga itu pasti.
Rasulullah SAW ada bersabda “Sesiapa yang berpagi-pagi
tanpa mengambil kisah urusan kaum muslimin,maka dia bukan daripada kalangan
mereka”.
Umat Islam itu bersaudara, ayuh sama-sama berubah.Palestin
itu adalah tanah kita.Jangan kita hanya duduk bergoyang kaki tanpa sebarang
perubahan dan tindakan. Cuba semampu mungkin berkorban dengan kudrat yang ada
seperti boikot barangan Israel, dan cuba islahkan diri.
Tangan yang berbicara ini hanyalah mampu dan berdaya untuk
mengajak kita sama-sama memuhasabah diri sendiri dan pembaca semua, dengan kesedaran sendiri yang selalu ingin cuba
untuk menjadi manusia lebih baik.Hanya dengan kuasa Allah, mampu membuka
pintu-pintu hati kita semua. Jika ada banyak cacat cela dicoretan ringkas ini,mohon
maaf, saya juga dalam proses belajar
untuk menjadi lebih baik.!!
Sajak Palestin
PALESTIN:
ENGKAU DI HATI KAMI
Bagaikan ceritera yang panjang
Mimpi buruk datang dan pergi
Terpenjara di tanah air sendiri
Namun engkau tetap bertahan
Palestin…
Mengalah tidak sama sekali
Enam puluh tahun telah berlalu
Mempertahankan setiap inci bumi
anbiya’
Berbekalkan iman dan jihad
Sebelum pokok berkata-kata
Doa dan batu senjata utama
Al Aqsa lambing kemuliaan
Bagi insan yang punya takwa
Palestin…
Daah dan air mata
Bergabung menjadi Satu
Tanda sebuah perjuangan
Mencari erti kebebasan
Wahai rakyat Palestin sekalian
Kita satu akidah, satu tujuan
Misidan agenda kita adalah sama
Kemenangan ataupun syahid
Wahai Palestin
Kami akan tetap setia
Melangkah bersama
Berjuang, Berjihad
Agar kembali menguasai
Bumi bertuah
Penuh keberkatan
Hasil karya Fatimah Syarha



Comments
Post a Comment