Allah Yaa Nur .Wahai jiwa yang meronta! Dengarlah,,
Salam Muhasabah !
Ikan yang hidup dalam keadaan tiada air pasti akan menemui kematian kerana air adalah sumber kehidupannya..
Pokok-pokok pula sangat berhajat kepada karbon dioksida untuk kekal hidup..
Begitu juga dengan manusia akan mati seandainya tiada oksigen yang dapat dihirup. Oksigen untuk jasmani kita tetapi bagaimana pula oksigen untuk rohani kita?
Pelbagai perkara yang manusia lakukan demi untuk mengisi rohani,memuaskan diri..pelbagai cara ini dilakukan untuk merasa tenang dan menyembuhkan diri dari kegelisahan,,
ada yang mencuba rokok, ada pula menghabiskan duit berbelanja apa yang diinginkan, ada pula yang ketempat hiburan semata mata ingin lari dari gelisah..
Tapi..semua itu hanya lah kepuasan yang sementara..
Sedangkan ketenangan yang sebenar telahpun Allah sediakan untuk hamba-hambaNya..
Allah Maha Penyayang sentiasa membuka pintu taubat untuk hamba-hambanya..
Sedarilah,jiwa ini adalah milik KholiqNya..pemiliknya adalah Allah..kembalilah pada fitrah,
selagi masih dikurniakan akal, selagi mana masih dikurniakan nyawa dan sebelum malaikat datang menjemput..
Berzikirlah kepadaNya, memujiNya , beristighfarlah kepada Nya..
"Sesiapa yang membiasakan diri dengan beristighfar, nescaya Allah akan menganugerahkan jalan keluar daripada segala kesempitan, kesenangan daripada kesusahan, dan dilimpahkan kepadannya dari rezaki yang tidak pernah disangka-sangkakan." (riwayat Ibnu Majah ,Abi Daud & An-Nasa'i)
.jpg)



Comments
Post a Comment