5 JAWAPAN PERSOALAN SEMASA WANITA
- "Walaupun kami tak pakai tudung,tapi kami sembahyang.Baik dari yang pakai tudung tapi tak sembahyang"
2. "Pakai tudung labuh tapi perangai buruk nak buat ape! lebih baik lagi orang yang tak pakai tudung, tapi hati baik"
Jawapan : Pakai hijab, tudung dan menutup aurat itulah yang membezakan antara wanita Islam dan wanita bukan Islam. Tak de beza hati baik walaupun tak perlu tutup aurat dengan wanita kafir. Mereka yang kafir memang begitu, pakai skirt pendek, pakai baju nampak bra tetapi hati baik. So,ape yang membezakan wanita Islam ?
3."Suka-suka hati paksa orang sembahyang,suruh orang pakai tudung la.Sedangkan didalam Islam tiada paksaan"
Jawapan : Ayat Al-Quran ". . . tiada paksaan dalam Islam" itu merujuk kepada orang-orang bukan Islam tidak wajib menganut dan mengikut cara Islam jika mereka tidak rela dan tidak percaya akan Allah,Rabbul Alamin..
Tetapi untuk orang-orang Islam, mereka BOLEH DIPAKSA untuk mengikut hukum-hukum syariat yang ada. Sebagai contohnya pengenaan hukum hudud, qisas. Oleh itu, tidak perlu diputar belitkan fakta. Ajaran Nabi Muhammad SAW pula jika anak tak tutup aurat,boleh dipaksa. Anak sekecil tujuh tahun diajarkan solat, dan setelah umur sepuluh tahun,sudah boleh dihukum sepatutnya jika ingkar menunaikan solat.
4."Kami pakai ketat-ketat pun, kami masih pakai tudung.Apa salahnya?"
Jawapan : Pakai pakaian yang menampakkan bentuk badan (ketat ketat),sama macam tak pakai pakaian. Hal ini telah djelaskan oleh Rasullullah SAW setelah baginda kembali dari israk dan mikraj.
Ertinya dalam Islam, kalau seseorang wanita memakai baju ketat dan seluar sendat tu, sama lah macam orang yang berbogel.Bak kata Ustaz Azhar,tutup aurat ke, bungkus aurat.Dan tudung seperti tiada makna. Tudung yang dipakainya boleh diumpamakan seperti botol air yang botolnya berwarna jernih. Sungguh pun bertutup,tetapi isi dalam semuanya bagaiboleh nampak diluar. Jadi, bertudung tapi nampak macam telanjang,apa gunanya?
5."Tipulah pakai sanggul tinggi-tinggi tu tak cium bau syurga?"Jawapan : Hukum pakai sanggul tinggi, hadis mengatakan jika pakai takkan cium bau syurga.Ini dia hadis Rasullullah berkaitannya.
"Akan muncul dalam kalangan umatku diakhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk diatas pelana, lalu mereka turun dipintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka(isteri mereka atau anak perempuan) berpakaian tetapi seperti bertelanjang (nipis dan ketat). Diatas kepala mereka pula (wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu, laknatlah mereka semua.Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat " (Hadis Riwayat Ahmad, jilid 2,ms. 223)
Wallahu a'lam.

.jpg)








Comments
Post a Comment